Sejarah Penubuhan Kilang Simen Di Langkawi

lafarge langkawi

Kedah Cement Sdn. Bhd. (KCSB) telah ditubuhkan pada 31 Mac 1980 dengan kapasiti asal pengeluaran klinker ialah 1.2 juta tan setahun. Kilang ini merupakan kilang simen yang ke-5 di bina di negara ini (line 1). Ia dibangunkan oleh Syarikat Ishikawajima Harima Heavy Industry Co. Ltd (IHI) dari Jepun. Pembinaannya siap dibina pada bulan Mei 1984. Pada tahun 1989, kapasiti pengeluaran klinker telah bertambah ke 1.5 juta tan setahun, ianya disebabkan oleh penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dilakukan pada setengah peralatan terutamanya pada bahagian sistem kiln (tanur berputar).

Pada tahun 1991, Kedah Cement Sdn. Bhd. menjadi 100% kepunyaannya oleh Syarikat Malayan Industrial And Mining Corporation Berhad (MIMCO) dan nama itu ditukar kepada Kedah Cement Holding Bhd. Setelah itu, syarikat ini telah disenaraikan pada papan utama BSKL pada Januari 1992. Pada September 1995, syarikat tersebut telah membina tempat pengeluaran yang kedua (line 2) yang mana pengeluarannya ialah 1.8 juta tan klinker setahun. Ianya dibina dan diselia oleh Syarikat Krupp Polysius dari Jerman dan merupakan kilang simen yang terbesar di Malaysia pada masa itu dengan jumlah kapasiti klinker ialah sebanyak 3.3 juta tan setahun.

Pada Jun 1999, Malayan Cement Berhad dikuasai oleh Blue Circles Industrie PLC dari England, yang memegang 65% ekuti dalam Malayan Cement Berhad. Oleh itu, Kedah Cement Sdn. Bhd. menjadi sebahagian daripada kumpulan Syarikat Malayan Cement Berhad.

Kedah Cement Sdn.Bhd sekarang dikenali sebagai Malayan Cement Industries Sdn. Bhd. secara rasminya pada April 2000 apabila nama baru itu telah didaftarkan dengan Syarikat Pendaftar (Registry of Companies).

Pada tahun 2001, Malayan Cement Industri Sdn. Bhd. sekali lagi telah diambil alih oleh Lafarge Industri dari Francis, yang memegang ekuti 70% dalam Malayan Cement Berhad. Nama Malayan Cement Industri Sdn. Bhd bertukar kepada Lafarge Malayan Cement Sdn. Bhd.

    1 comments:

  1. Assalam. Nak tanya bila housing A dan housing B di tubuhkan?

  2. Post a Comment