Proses Membuat Simen

Simen merupakan butiran mineral halus yang akan membentuk pes (paste) dan mengeras apabila dicampur degan air.

Proses pembuatan simen terbahagi kepada empat peringkat utama :-

a)Penyediaan bahan mentah
b)Proses pengisaran bahan mentah
c)Proses pembakaran iaitu pembentukan klinker
d)Proses pengisaran klinker


Penyediaan bahan mentah
  • Batu kapur diambil dari kuari Teluk Ewa 
  • Kemudian hasil peletupan batu kapur akan dihantar ke pemecah (crusher) 
  • Batu kapur akan dihantar di tempat penyimpanan yang dikenali sebagai ‘Domesilo’
  •  Elemen penting dalam batu kapur ialah Cao, 83%. 
  • Manakala tanah liat yang diperolehi dari kuari di Kilim dan Kedah Mable 
  • Langkawi mempunyai elemen-elemen yang terdiri daripada SiO2, A1203, dan Fe203, 15%. 
  • Bijih besi yang dibeli dari Bidong, Kedah mempunyai elemen-elemen yang terdiri daripada Fe203, 1%. 
  • Bauxite yang dibeli dari Teluk Ramunia mempunyai elemen-elemen yang terdiri daripada A1203, 1%.. 
  • Pasir Silika yang dibeli dari Ipoh, Perak mempunyai elemen-elemen yang terdiri daripada Si02, 1%. 
  • Secara ringkasnya, untuk membuat simen bahan mentahnya ialah :-
83% batu kapur + 15% tanah liat + 1% bijih besi + 1% bauxite atau pun 1% pasir silika.

Proses pengisaran bahan mentah

  • Bahan-bahan yang telah dicampurkan tersebut akan di kisar dengan Pengisar  Bebola (ball mill) atau Pengisar Menegak (vertical mill). 
  • Bahan mentah akan dikisar sehingga mencapai kehalusan 10-13% residue di atas 90 um sieve. Kandungan kimianya akan diuji untuk memastikan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.



  • Bahan yang telah dikisar dipanggil ‘raw mill’. Ianya akan disimpan dan diaduk dengan menggunakan udara di Silo Pengaduk (Homosilo) sebelum dihantar ke proses pembakaran.


Proses Pembakaran Iaitu Pembentukan Klinker

  • Proses pembakaran akan melalui Pra Pemanasan (Preheater) dari suhu sekitar 100 0C hingga 800 0C. 
  • Selepas melalui proses pembakaran di dalam Tanur Berputar (Kiln) dari suhu 800 0C sehingga 1400 0C. 
  • Klinker yang terhasil akan melalui proses penyejukan mendadak menggunakan udara yang menurun suhu klinker dari 1000 0C ke 100 0C di AQC (Air Quenching Cooler). 
  • Klinker yang terhasil dari proses pembakaran akan diuji sekali lagi untuk menentukan mutunya.
  • Hasil ujian kimia yang dibuat :-

  • LSF : 96% - 97% 
  • SM : 2.4% - 2.5% 
  • IM : 1.4% - 1.5% 
  • C3S : 53% - 63% 
  • C2S : 14% - 18% 
  • C3A : 7% - 9%

  • Selepas terhasil klinker, ia akan disimpan di Silo Klinker iaitu tempat klinker disimpan sebelum proses pengisaran untuk menghasilkan simen.


Proses pengisaran klinker


  • Di dalam proses ini, klinker akan dicampurkan dengan 4% gypsum. 
  • Klinker dan gypsum akan di kisar di dalam Pengisar Bebola (Ball Mill) 
  • Simen akan mengikut kehalusan yang dikehendaki iaitu 3100 hingga 3200 cm2/g 
  • Kekuatan simen akan ditentukan mengikut standard yang ditetapkan. 
  • Ujian yang terhasil akan disimpan di Simen Silo iaitu tempat penyimpanan simen sebelum dieksport.
  •  Lafarge Malayan Cement memasarkan simen melalui 3 kaedah iaitu :-

Pembukusan

  • Ordinary Portland Cement (OPC) 
  • Masonry Cement (Walcrete/Plascrete) 
  • Portland Blastfurnace Cement (Slagcrete) 
  • Portland Purverized-Fuel Ash Cement (Mascrete) 
  • Sulphate Resisting Portland Cement (SRC) 
  • Tangki pukal (lori) 
  • Kapal pukal

• Produk yang dihasilkan adalah mengikut standard antarabangsa :-

ISO 9001 : 2000
ISO 14001
ISO 18001
ISO 17025_lab. Accreditation
EN Certification – CE




    0 comments:

    Post a Comment